Thursday, October 9, 2014

Kenapa aku pilih dia? Sebab dia jahat!!!

Dia jahat sebab selalu MARAH bila aku MALAS pergi kelas ...

Dia jahat sebab selalu maki aku bila aku TAK SOLAT

Dia jahat sebab selalu buat aku nangis SEDAR tentang bagusnya BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERTINDAK

Dia jahat sebab selalu membebel bila aku TAK HORMAT tukang sapu sampah tepi jalan

.............apa korang rasa? dia memang jahat kan?

Mohd Fadzrul nama indah diberi ,
Raut wajah yang garang TAPI happy go lucky ,
Senyuman manis , baik budi pekerti ,
Inginku jadikan imamku nanti ...
Aminnnn (pantun) hehehe ...

Hello , assalamualaikum semua ...

Mesti semua orang ingat kami ni JAHAT kan? Biasa lah mulut orang , mulut macam longkang ... Haha!
Kami selalu DATING
Kami selalu BALIK LAMBAT

DATING dengan BUSSINESS ...
BALIK LAMBAT ada urusan dgn Allah ...

Kami LUPA kawan?
Ouh , memang LUPA pun ...

Buat apa kawan ngn kawan yang cari kami time susah je ... Time senang labgsung tak ingat kami ... Buat ape weyh?

Lebih baik berkawan dengan ANAK2 yatim , tolong dorg , dgr kisah2 dorg , belanja sedekah kat dorg , lagi besar PAHALA ...
Betul tak?

Kami serba kekurangan ...
Masing2 terima nya dgn ikhlas ...
Yg lemah diperbaiki ... Yg ok ditingkatkan ...

Fyi , seumur hidup aku ... Aku tak pernah menyusahkan siapa2 ...
Semua benda aku buat sendiri ...
Yang korg sibuk2 ni kenapa?
At least , kami keluar rumah depan mak bapak kami! Minta izin!
At least makan minum kami jaga ... halal itu boleh , haram itu dosa ...
At least kami selamat , walaupun kami KUNO tak tahu dunia luar
At least kami sedar , batas pergaulan batas pakaian . Sebab tu may pakai tudung tak nak tambah dosa mak bapak aku ...

Kau? Adoo?
Kau? Adoo fikir?

Thanks haters , keep on MEMFITNAH ...
Syukran ya Allah , alhamdulillah ...


Terima kasih

KENAPA "GRAPHIC DESIGN"??? bodoh!! Designer takde masa depan!!

Assalamualaikum ...

May pilih graphic design, BODOH KAN? Designer TAK ADA MASA DEPAN?

Siapa yang berfikiran macam tu , tolong buang jauh2 yea ...
Kau siapa nak menentukan aku ni ada masa depan or tak? Kau siapa? Haha! (nada keras)

Kita hanya merancang ALLAH yang menentukan ... In syaa Allah ...

Actually , memang tak minat langsung pasal ARTS ni ... Tapi lama2 ARTS ni buat may jadi gila ...
Yelah , ARTS ada kat merata - rata weyh!!! Buka je mata , kiri kanan depan belakang atas bawah , semua ARTS ...
Even , korang2 yang tengah baca blog may guna HANDFONE and LAPTOP ni pun kategori ARTS jugak ... Kan? Kan?

Ok , graphic design ni lebih kepada design sesuatu ... Contoh mcm logo company , printing ads , ads , sketching , doodleling and etc ...
Jgn salah faham , ARTS ni banyak cabang ...
Boleh pergi ke FESYEN , INTERIOR , MULTIMEDIA , and macam2 lah ...
Paling best , daripada ARTS nak ke BUSSINESS pun BOLEH ... berapa punya best and untung lah ARTS ni kan?

Nak jadi kuli ke nak jadi boss punn boleh taw!! Means boleh kerja ngn boss and boleh jugak kerja sendiri ...
Ada pilihan .
kau adoo? Tak ada kan? Haha ...

Paling paling paling best and bersyukur sgt sebab may akan design sendiri brg2 BUSSINESS may ... If jodoh pnjg pulak , boleh design KAD KAHWIN sendiri , semua sendiri lah ... Tak pyah bayar org mahal2 ... Memang berbaloi ...

So , siapa yang cakap may takde masa depan? Masa depan may merata2 dimana2 sahaja hoiii  ...

Memang silap lahh , org yang fikiran cetek ni ... Sudah2 lah tu , cakap org ARTS tak ada masa depan ... Im proud of it ...

Tapi! Ehem2 . Mesti ramai org cakap , "BUAT APA STUDY ARTS , KAN BOLEH STUDY SENDIRI . TAK PAYAH BUANG2 DUIT STUDY DIPLOMA OR DEGREE" ... (ni antara ayat yg paling may benci)

Korang tahu apa jawab or balasan untuk orang yang cakap mcm ni???
Ehem2 , HELLOOOO aku sekarang boleh baca ABC sebab MAK BAPAK aku ajar! Aku pandai membaca sebab CIKGU aku ajar! Aku pandai main bola sebab KAWAN AKU AJAR!!!

So , nak pandai , nak berjaya kenalah ada org GUIDE ... Then baru berusaha sendiri ... Yerr tak? Kalau tak faham , mai sini may ketuk kepala hahaha :p

May bukan pelukis tegar , sebab may bukan dari katogeri tu , may GRAPHIC DESIGN , segala advertising , segala logo , segala idea curahkan dalam laptop then transfer ke printing method ...
Kadang2 org pertikaikan gaji ...
Gaji org ARTS ni turun naik tak tentu ...
Kalau turun naik pun , 1design logo RM300-1K ...
Korang rasa tu tahap normal ke tahap kritikal?
Byk weyh!!!
Tu baru 1design if sehari 10 design mcm mana pulak? Sebulan?
At least takde lah tiap bulan dapat gaji TETAP RM2K sahaja mcm officer promoter kan?
Walaupun turun naik , tetap rasa UNTUNG BERSYUKUR sgt2 ...

Ni bukan riak , ni bukan berlagak bagai ...
Ni nak explain untuk org2 yg selalu fitnah n pertikaikan psal may ...
ARTS ni indah ...
ARTS ni jiwa may ...

May tulis ni sebab nak explain kat orang2 yang TAK FAHAM tu ...


Terima kasih

Thursday, June 12, 2014

sekeping HATI sehelai tisu



ASSALAMUALAIKUM

Segugus idea diilhamkan daripada Tuhan mendetikkan hati ini untuk berkomunikasi maya dalam blog ini .

yelah berfacebook disalah anggap , ber'email2  ber'insta2 berwhatsap2 , di ragui kan?
so , berblog jelah , cakap2 sorang2 .


aku tak suka orang panggil aku BODOH
aku tak suka di TUDUH2
aku tak suka org lama di SEBUT2
aku tak suka tak suka tak suka :(


cara menangani marah selain istighfar , ialah dengan menyendiri menyepi seketika (sms masih diterima) .
off fone , tak pick up call , nak berfikir nak ruang , nak cool kan diri (itu cara aku) ...
ala , marah sekejap je . sekejup je dah sejuk . bukan budak kecik lagi ~~~
harap faham .

LILLAHI TA'ALA
marah2 aku , aku sayang kau
marah2 aku , aku ingat kau
marah2 aku , aku dengar nasihat kau
marah2 aku , aku setia dengan kau
marah2 aku , aku rindu kau

bodoh2 aku , aku sayang kau
bodoh2 aku , aku ingat kau
bodoh2 aku , aku ingat nasihat kau
bodoh2 aku , setia pada yg satu
bodoh2 aku , rindu pada yg satu
bodoh2 aku , aku selalu doakan kau

maafkan hati yg macam tisu ni
maafkan maafkan maafkan maafkan
tak ada niat lain , tak ada orang lain , tak ada perkara lain


macam biasalah , aku langsung bukan orang alim tapi nak selalu beringat dan bercakap baiknya tuhan (ALLAH) ...


hanya pada satu nama FADZYANNA <3
salam SYA'BAN .


13june2014 , 12.20am
(disaat merindui family diperantauan dan kekasih tersayang)



Terima kasih

Thursday, March 6, 2014

Berapa Ramai Lelaki yang Boleh Jadi Imam?

Berapa Ramai Lelaki yang Boleh Jadi Imam?


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam, kita… kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. “Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. “Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. “Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus beberapa kawan wanita yang lain. Betul juga.
Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apalah salahnya lelaki juga disuruh belajar.
#salam jumaat , selamat beramal :)
#copypaste

Terima kasih

Wednesday, March 5, 2014

Diari Seorang Suami .



Diari Seorang Suami ~~~
CopyPaste :(

30hb , suami dapat gaji RM3,000.00 terus buat internet banking bayar bill air Rm30.00, bayar duit rumah Rm700.00 bayar duit kereta Rm700.00 , bil telephone suami dan isteri Rm200.00 , bill elektrik Rm170.00 , ansuran motor Rm150.00 dan yuran tuisyen anak Rm150.00 ..serta menukarkan Rm150.00 duit pecah seringgit-seringgit untuk belanja sekolah anak anak untuk sebulan...lalu berbekalkan duit baki Rm750.00 balik kerumah jemput isteri dari tempat kerja..terus di sambut ngan isteri satu soalan " ari ni hari gaji abang kan??..jom pergi beli barang dapur byk dah habis sambil bawak bebudak makan luarlah mlm ni sebab I tak laratlah nak masak ari ni... bebudak pun esok hari sabtu cutikan? Suami mengangguk lemah terpaksa setuju demi anak dan isteri.

Sampai di rumah disambut pulak dgn anak yg bongsu " Ayah cikgu adik ckp ari isnin cikgu nak RM20.00 untuk beli baju sukan yg baru." Isteri spontan menyampuk " mintak kat ayah..ayah baru dapat gaji..sambil anak yg sulung pula mencelah .." ayah kakak pun nak duit Rm 30.00 hari isnin untuk beli buku rujukan dah dekat nak peperiksaan ni..Si suami terus mengeluarkan Rm50.00 untuk anak bongsu dan anak sulong ..


Kemudian bila selepas magrib berangkatlah anak beranak ke kedai untuk mkn dan berbelanja barang dapur dan sebelum itu suami singgah isi minyak kereta Rm50.00 langsung ke kedai makan dan makanlah anak beranak tersebut dgn bil makan berjumlah Rm50.00..Setelah itu langsung pergi berbelanja barang dapur dgn jumlah Rm 250.00 untuk barang kering dan Rm 50.00 untuk barang basah..
setelah semuanya selesai pulanglah keluarga tersebut kerumah dgn suami hanya tinggal gaji yg baru dpat pagi tadi sebanyak Rm300.00 sahaja.Maka tidurlah si suami dgn mata yg terkebil kebil mengenangkan baki duit yg tinggal hanya dlm beberapa jam sahaja dapat gaji tadi..


Keesokkannyer pagi sabtu isteri suruh si suami belikan roti canai untuk sarapan pagi...suami pun pergilah beli dgn modal Rm5.00 dan surat khabar Rm1.50.. manakala menjelang petang si isteri dan anak anak ajak suami jalan jalan di pasar malam Jalan TAR sempena malam minggu...si suami ikutkan jugak dlm keadaan dilema bagi menjaga hati isteri dan anak anak.Terpaksa tambahkan lagi minyak kereta sebanyak Rm30.00 ..
sesampai di jalan TAR si isteri berkenan dgn tudung bawal berharga Rm15.00 mintak dibelikan..suami pun keluarkan duit bayar..kemudian bila kedepan sedikit bahagian pakaian kanak kanak pula nampak baju tidur anak anak yg berharga Rm15.00 sehelai..isteri pun selamba kata " bang baju tidur bebudak ni pun dah lusuh..belikan diorg yg baru ni.murah jer Rm15.00 hengget...suami keluarkan lagi Rm30.00 untuk baju tidur anak anak. 
Lalu terus pulang ke kereta untuk balik kerumah bersama sama..tetapi dalan perjalanan nak pulang anak anak merengek dahaga dan lapar .mintak singgah di kedai makan untuk makan mlm...sang ayah kesiankan dgn rengekan anak pun singgahlah di kedai makan tomyam dan makan dgn membayar Rm30.00 lagi..Jumlah keseluruhan baki yg tinggal selepas 48jam dapat gaji ialah Rm188.50.


Esok hari Ahad...isteri suh pergi kedai pagi pagi untuk belikan santan dan sedikit ikan bilis untuk masak nasi lemak sebagai sarapan pagi...suami modalkan lagi Rm7.00 dan Rm1.50 untuk suratkhabar...tinggallah duit gaji genap Rm180.00..Malamnyer pulak beri pada isteri Rm150.00 untuk belanja makan dia di pejabat atas dasar nafkah kepada isteri tercinta...
Maka bermulalah pagi hari isnin si suami dgn berbekalkan modal baki gaji hari jumaat kelmarin sebanyak Rm30.00 untuk isi minyak motor dan makan di pejabat..serta menghitung hari lagi untuk ke 30hb yg akan datang samada sampai atau tidak??....selang seminggu selepas itu pada hujung minggu isteri ajak balik kampung melawat ibu ayah dia di kampung..suami katakan tidak.ada modal...lalu isteri menjawab dgn sinis " kalau ajak balik.kampung saya jer takder duit...klu ajak balik kg saya jer abg kata tak der duit...mana pergi duit gaji abang selama ni....takkanlah seminggu gaji dah tak berduit...abg ada pompuan lain ke??" Terpinga pinga suami nak di jawab jadi perang...nak di ceritakan yg sebenar nanti disalahkan balik.



COMMENT/IDEA/PANDANGAN

#Berkomunikasi itu penting , dengan suami isteri dan anak2 .

#Jangan igt kahwin ini membebankan, Allah pernah cakap, selepas kahwin rezeki makin bertambah..jadi pikir2 kan lah dalam situasi nih salah siapa, ataupun bukan salah siapa2...selalu bersedekah banyak fadhilatnya...

#Being husband & Wife, share suka duka, duit gaji juga, mmg nafkah T/wjp suami, tp sbgai istri yg dah duk sebumbung dgn suami smpai la ada anak she should understand everything bout her husband, dlm family, jika x ada perkongsian, akan jadik seperti kisah di atas. it's not about ur money & my money, but after u agree to married with someone. that mean u agree to share everything with her/him. jika setiap bln c husband seperti dlm kisah ini, x mustahil c husband akan ''mencuri'' or buat something yg haram tok kekal kan duit yg ckup ...

#konsep sharing is loving amat berharga dalam kehidupan rumahtangga kini dalam serba serbi semuanya kos dah tinggi. hehehh
dalam setiap perkahwinan ada barakah & rezeki yang tersendiri. inshaaAllah.

#Memg tngjwb suami t0k mmberi nafkah wt istri dan anak2. Tp sbg se0rg istri haruslah memahami keadaan suami
Insyalah berkat..kalau yg msh ad ibu dan bpa,jgn lupe mghulur..xplula byk mane
Seikhlas dan smampu kte.. Insyallah sumeny akan menjadi berkat


MACAM MANA? RENUNG-RENUNGKAN . HEHEHEHEHE :P





Terima kasih

Wednesday, February 26, 2014

FADZYANNA COLLECTIONS melangkah ke hadapan . yeah ! ALHAMDULILLAH :)


Hai , hello2. Lama tak updated bloggsss kan ... huhuuhu . Serius bzy gilax lah .
Ok, tutup cerita bzy2 nieyh , sebab sekarang dah tak bzy . So bermula lah kisahhhhh ......
SATU kata je , "ALHAMDULILLAH" ... Syukur alhamdulillah , "FADZYANNA COLLECTIONS" dah melangkah kehadapan ... Bak kata pepatah, "sikit-sikit , lama-lama , jadi bukit" ... In syaa Allah :)

Melangkah kehadapan macam mana tu? jalan ? langkah ? woiii ! fikir dulu boleh tak? (garang kunun :p) means...kami dari fadzyanna collections telah berusaha , bertukus lumus , menaikkan nama fadzyanna collections dan mencari peluang untuk mengembangkan bisnes kami ni... faham? hehehe .

hah? macam mana? ape cerita? 
dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...fadzyanna collections telah join "PALETTE" boutique and cafe yg terletak di alam avenue Shah Alam . So , kami adalah #inhousevendors PALETTEKITA yg SAH taw!
Tarikh yg bersejarah tu adalah pada "3 february 2014" yg lepas ...
kenangan manis . syukur , terima kasih sangat2 pada semua yg SUPPORT kami . Kami dari fadzyanna collections sgt2 meghargai anda :)
Jadi , sape2 yg free tu , moh la kita ke boutique and cafe di sek16 Alam Avenue Shah Alam ...
Datang , Beli Collections dari kami yea . In syaa Allah , anda anda and anda semua akan berpuas hati dgn collections dari kami ...
Apa yg penting , kami FADZYANNA COLLECTIONS , sgt2 lah ikhlas dalam menjalankan bisness kami ni .
Ok lah , nanti kami updated lagi yea .
Sekian , Terima Kasih . Sayonaraaaaaa~~~


Terima kasih

Monday, February 17, 2014

Allahurabbi - Inilah Kesan Air tangan Orang Yang Tidak Solat .


Allahurabbi 

- Inilah Kesan Air tangan Orang Yang Tidak Solat



Allahurabbi - Inilah Kesan Air tangan Orang Yang Tidak Solat | 

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat 
adalah dosa besardan malahan lebih hina daripada khinzir. 
Betapa hinanya kita kalaumeninggalkan solat seperti yang
dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.Begini kisahnya, 
pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah
berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati 
dia (nazar),“kalau aku dapat anak, aku akan minum air 
kencing anjing hitam.”Nak dijadikan cerita, Allah pun 
kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamildan melahirkan anak. 
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.

Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.


Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam),

Syariat padazaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang 
turun untuk umatNabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, 
nazar benda yang haram,maka tak payah buat tapi kena denda 
(dam) atau sedekah.





menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum
air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh
Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari
bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian,
peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan
makanan, nasi, dsb.

hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang,
mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas
 air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan.
Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj
sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.

“As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah
orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya
kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan,
tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam.

#copypaste dari hamba Allah :)


Terima kasih

 
Copyright © 2013 | GadiSH avERRose | Facebook Gadish Averrose