Thursday, October 24, 2013

moga diberi PERLINDUNGAN DARI ALLAH , aminnn~


Hai , assalamualaikum ...
Entri kali nieyh gadish tukar sebab gambar2 time aidiladha dah ilang coz fone rosak , so gadish akan updated next time keyh , janji :)
uhukhuhukkk (batuk) tak sihat pulak ... tak pelah , moge2 demam sikit dpat hilangkan dosa2 kecil :p

So , entri kali nieyh berkenan dunia zaman sekarang ... zaman akhir zaman kuddd huhu ...
makin hari makin terase tak selamat terutama skali bila dekat luar ... mcam kejadian and kes2 yg bahaya seram gila ... contohnya , bunuh2  , dendam , tembak2 , merompak , rogol masyaallah ... sedih takut marah geram semua ade taw ! hurm :(

bagi gadish , kita tak boleh buat apa2 melainkan meminta pertolongan dari ALLAH dan paling2 penting jaga diri sendiri ...

(amalkan baca ayat2/doa2 diatas-insyaAllah di lindungiNya)





Terima kasih

Tuesday, October 15, 2013

ANTARA ORANG2 KESAYANGAN SAYA !!!










gambar sendiri pun ade? eyh , mestilah coz kita kenalah sayangkan dirri sendiri jugak :)
Terima kasih

Saturday, October 12, 2013

RESEPI MASAKAN >>> "ASAL MASUK , ASAL KENYANG"... SEDAP!!!


Hai , 'ASSALAMUALAIKUM' ...

Hari nieyh , mcam biase gadish nak sambung ckap and corat coret sorg2 ... haha!
Topik di atas adalah tentang MAKANAN . YEAH !
Dah kata resepi...mestilah tentang makanan or minuman kan?
ouke ...
Resepi pada hari ini adalah 'LONTONG GORENG' ~~~
PELIK KAN? sebab tu ler gadish tulis entri kali ni 'ASAL MASUK ASAL MASAK KONKEM SEDAP' hehehe shhh :p
Hah ! citer lontong goreng yg gadish buat ni.... pada sapa2 yg ada lebih2 nasik impit bolehlah buat cenggini dan gadish main hentam jea , masuk tu masuk n goreng2 biase then tukokan daging n udang tu dengan sate ayam...

Bahan1
Semangkuk lontong,ketupat atau nasi himpit yg telah dipotong dadu (kasar)
1 senduk cili kisar(pedas ikut suka)
1 biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
1inch halia dikisar
200 g daging/ayam cincang
200 g udang hidup - kupas kulit (kali ni guna ayam goreng yg disiat2)
3 sb sos tiram
2 sb sos tomato
2 sb kicap manis
daun sop,daun bawang - hiris
1/2 cawan bawang goreng
2-4 biji telur
minyak masak utk menumis
garam dan gula secukup rasa



Cara-cara
1.Satukan semua bahan yg dikisar. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan daging cincang dan gaul rata, masukkan sos tiram,sos tomato dan kicap, masukkan garam secukup rasa dan gaul lagi.
2.Masukkan lontong dan gaul hingga sebati dan 1/2 bahagian daun sup, daun bawang dan 1/2 bahagian bawang goreng,gaul lagi.
3.Pecahkan telur ke atas lontong goreng dan gaul sebati dan masak hingga lontong bersalut dgn telur hingga kering,kacau sentiasa.
4.Ketika menghidang,tabur ayam goreng yg disiat2 td, daun sup,daun bawang dan bawang goreng. Sedap dimakan ketika panas atau ketika telah sejuk. 



NEXT ENTRY :_

#During "AidilAdha" 2013 <3

Terima kasih

Friday, October 11, 2013

HANYA ENTRI SEKADAR CORETAN , LUAHAN DAN JUALAN , JANGAN MARAH YE :)




HANYA ENTRI SEKADAR CORETAN , NUKILAN , LUAHAN DAN JUALAN , 
JANGAN MARAH YE :)



~ SEGALA SALAH SILAP HARAP DIMAAFI ~


Terima kasih

FAKTA!!! Bukan Semua Penunggang Motosikal REMPIT :)


vrooom vrooom wenggg wenggg prengg prengg~~~


Bukan semua penunggang motosikal MAT REMPIT!!



Setelah penat sibuk menghabiskan assignment yg berlambak2, marilah berehat sebentar bersama ICE CREAM ... yum yum2 , ahakzzz :p

0keyh2 , back to the topic, memang bukan semua yang menunggang motor tu rempit. Kenapa gadish cakap macam tu? Sebab gadish pun kadang-kadang naik motor jugak. Gadish tak suka bila ada orang yang dengar perkataan 'motor' ataupun nampak orang naik motor, terus cop orang tu sebagai rempit... Tak adil okay!!! 
Macam kuda, kalau ikut yang kita tahu, koboi je kan naik kuda. Habis tu, yang tunggang kuda untuk riadah ataupun meronda (macam polis yang ronda-ronda naik kuda kat Titiwangsa tu) pun dipanggil koboi jugak ke? Tak kan... Lagipun pak cik-pak cik yang nak pergi surau naik motor pun mat rempit jugak ke?


Walaupun motor takde protection macam kereta, tak berbumbung, tapi ada advantage. Kereta walaupun ada bumbung, ada protection kiri kanan, tak semestinya tak ada disadvantage kan? Contohnya time traffic jam, motor la yang jadi penyelamat kalau dah lambat, sebab boleh mencelah. Kalau kereta boleh ke mencelah. Jawabnya eksiden la oikkk :p


 
[[[JUST RIDE WITH STYLE , WE ARE NOT REMPIT]]]
*gambar diatas diambil dari Mr google




TAK FAHAM LAGI? MEYH GADISH TERANGKAN SECARA DETAILS YEA :)



Apa itu MAT REMPIT? Secara keseluruhan MAT REMPIT diklasifikasikan golongan orang2 yang melakukan aktiviti-aktiviti kurang bermoral dan sering dikaitkan dengan gejala sosial yang kian membimbangkan KERANA melibatkan kegiatan jenayah.


Selain lumba haram di jalanan, MAT REMPIT turut melakukan kes-kes jenayah seperti pengambilan dadah, jenayah ragut, dan juga kes jenayah lain yang kurang menyenangkan ramai pihak...


So SEBAB itu, MAT REMPIT di pandang NEGATIF oleh masyarakat walaupun ada di kalangan MAT REMPIT itu berstatus SISWAZAH... Lebih menyedihkan MAT REMPIT seolah-olah berbangga dengan dengan gelaran "MAT REMPIT" kononya "RAJA" di jalanan...

Bak kata Adnan Sempit..."Di mana ada kemahuan, di situ ada HIGHWAY !".


Persoalannya...Adakah penunggang MOTOSIKAL itu MAT REMPIT ? Bagi gadish, BUKAN semua penunggang MOTOSIKAL itu MAT REMPIT... BUKAN YEA , BUKAN...!! 





Kenapa BUKAN ?
Sebab-sebab kenapa bukan semua penunggang motosikal MAT REMPIT?


Pertama, mereka menunggang motosikal kerana untuk mencari rezeki yang halal. Contohnya, Posmen, Despatch , Penghantar pizza, dll... BETUL KAN ?


Kedua, ada di kalangan penunggang motosikal yang tidak melakukan kesalahan jalan raya dan jenayah. Mereka hanya menggunakan motosikal sebaiknya dan mematuhi undang-undang jalan raya... Contoh macam student2 or pakcik2 yg nak pergi kedai or masjid :p


Jangan hanya kerana seseorang itu menunggang / mempunyai motosikal di label MAT REMPIT ! NO NO NO !!!






PENJELASAN!!!

Istilah MAT REMPIT menurut gadish....



MAT REMPIT berada di mana-mana...tak kira di Malaysia mahu pun Luar Negara... Cuma istilah dan definasi MAT REMPIT tu yang berbeda. Kalau Tok Imam yang pergi ke MASJID guna motor tu dipanggil MAT REMPIT jugak ke? Kalau pelumba motor di litar-litar antarabangsa tu di panggil MAT REMPIT ke? Kalau KONVOI beramai-ramai gune motor dari utara Malaysia sampai ke selatan Malaysia tu di panggil MAT REMPIT ke? Kalau naik motor ke tempat kerja tu MAT REMPIT ke?

HAHA , jawab2 wek :p



Nak kenal penunggang motosikal tu MAT REMPIT atau TIDAK ???...



MAT REMPIT.... mempunyai kumpulan-kumpulan haram yang bertujuan bermegah-megah dengan kumpulan yang mereka ada. Bertujuan untuk LUMBA HARAM di jalan raya awam.

MAT REMPIT...banyak terlibat dalam aktiviti jenayah menggunakan motosikal.



Sekiranya mereka tidak melakukan perkara di atas, mereka hanyalah penunggang motosikal dan bukannya MAT REMPIT !



Senangkan nak bezakan yag mana MAT REMPIT dan yang mana BUKAN MAT REMPIT ?



Nak tau apa aktiviti dan kehidupan MAT REMPIT ? Tonton sahaja fiilem-filem seperti KL Menjerit, Adnan Sempit, Remp-IT dan lain2...





KESIMPULANNYA:

Gadish berharap dengan sedikit huraian di atas dapat memberi kesan kepada persepsi anda mengenai MAT REMPIT!

"Don't Drive Your Life Away"!

Ingat ! 

"BUKAN SEMUA PENUNGGANG MOTOSIKAL MAT REMPIT !" 



Bak kata pepatah juga,

''Don't judge a book by its cover''. 

Jadi kita janganlah menilai seseorang tu berdasarkan apa dia naik, apa dia pakai...



NEXT ENTRY :_
#RESEPI MASAKAN ->> ASAL MASUK , ASAL KENYANG <3 SEDAP!!!

Terima kasih

PEREMPUAN a.k.a WANITA "WAJIB" Belajar Memasak??? Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?


Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman2 rakan2 wanita yang lain.."

Ternyata ramai LELAKI yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan tidak yakin pada diri untuk menjadi Imam.

Kalau tidak pandai menjadi Imam, belajarlah sekarang. Jika wanita boleh disuruh belajar memasak, apa salahnya lelaki belajar untuk memperbaiki bacaan al-Fatihah dan belajar cara untuk menjadi seorang Imam kepada isteri...!

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja ke...??

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati...

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata2 yg selalu terkeluar dari bicara seorang lelaki... 

”Kenapa tidak belajar memasak?” Tanya sang lelaki...


 Bagi gadish sebagai seorang perempuan WAJIB tahu masak. Bukan nak rendahkan perempuan yang tak pandai masak tetapi mereka boleh belajar kan? Tak perlu pergi kelas memasak belajar dari mak anda dah cukup ATAUPUN masak jea ape yg ade , asal masuk asal sedap and kenyang . kan ? haha ! Asalkan kita nak mencuba dah cukup. Orang tua-tua kata "sesibuk mana pun seorang perempuan itu tempat akhirnya adalah di dapur juga"... Jika anda tahu makan, tahu mengkritik sedap atau tidak maka anda perlu tahu masak, jangan tahu makan je ....

Jadi??? Zaman sekarang lelaki bukan sahaja nak cari yang cantik je sebab cantik tak kenyang.haha itu selalu mak gadish pesan. Lelaki sekarang nak cari yang paling penting tahu memasak... Yela macam mana nak kahwin kalau tak pandai masak. Takkan setiap hari nak makan kat luar? Lama-lama jemu, kan? Sebab itulah perempuan sekurang-kurangnya kena ada basic dalam memasak. Gadish ni tak ada la hebat mana tetapi saya tahulah juga memasak.. Dah leh kahwin la kan?? hahaha. berangan pulak...

Jadi bagi perempuan di luar sana sanggup tak anda terima cabaran kalau bakal suami anda nak seseorang yang pandai masak?? Untuk masalah itu pergila rajin-rajin masuk dapur tengok mak masak apa dan tolong la sikit-sikit. Tak rugi pun kalau anda pandai masak..lagi orang respect tau! 

Bak kata mak gadish "Ilmu memasak ni tak dapat kat luar sana"... Sebab ramai orang kat luar sana sanggup keluarkan duit untuk belajar memasak, inikan kita dah ada mak yang hebat masak, guna lah peluang tu. Betul tak?? "kalau nak seribu daya tak nak seribu dalih"..

Time cuti adalah salah satu cara anda untuk luangkan masa didapur, belajar masak, kenal semua jenis sayur, rempah-rempah dan peralatan. Sekurangnya nanti tak la malu orang tanya lesung batu tu ape, ye tak? Sila buang anggapan lelaki yang "wanita hebat dalam kerjaya tidak pandai memasak..".. 


Kesimpulananya:

Belajarlah memasak samada lelaki atau perempuan jika nak kekalkan kebahagiaan atau untuk menimbulkan kasih mesra antara keluarga , adik beradik mahupun suami isteri.

Buat pasangan yg sudah berumahtangga , untuk sang suami , jika tak pandai masak pun, tolong-tolonglah isteri masak. Tolong angkat periuk ke kuali ke, basuh pinggan mangkuk ke. Sebab itu semua sunnah. Buat yang sunnah dapat pahala. Pahala dapat, kasih bertambah. Untung berganda-ganda.

Segalanya di tangan anda untuk mengubahnya... 
BELUM CUBA BELUM TAHU~~~
Selamat mencuba lah ye. :)

                                                                             

Terima kasih sudi membaca... Datang lagi ye <3

RENUNG-RENUNGKAN :)

                                                                             




NEXT ENTRY :_
#JUST RIDE WITH STYLE , WE NOT REMPIT...

Terima kasih

Ingatlah bahawa Allah itu MAHA BESAR :)


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم 


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat para pembaca yang saya hormati sekalian.

Segala puji bagi Allah s.w.t atas segala-galanya yang telah diberikan kepada kita terutama nikmat iman dan nikmat Islam. 
Mohonlah kepada Allah s.w.t tanpa jemu agar kita dihidupkan dengan iman, dimatikan dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurgaNya dengan iman.

Iman, iaitu kepercayaan dan keyakinan yang dilafazkan dengan lisan, dibuktikan dengan amalan zahir dan membenarkan dengan hati. 
Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w....

Kadang-kadang..
Allah sembunyikan matahari.. 
Allah turunkan hujan dan kilat... 
kita tertanya tanya..
ke mana perginya matahari.. 
rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi..
 
 Janganlah selalu mengeluh dengan apa yang kita hadapi sekarang, tetapi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. 
Walau masalah itu besar, ingatlah bahawa Allah itu MAHA BESAR :)


______________________________________

Tatkala Dia mendatangkan UJIAN,
pandanglah dengan pandangan IMAN.
Di saat Dia mengirimkan MUSIBAH,
hadapilah dengan hati yang TABAH.
Di kala Dia mengutuskan sesuatu,
belajarlah untuk BERJIWA HAMBA.

______________________________________


Terima kasih

Wednesday, October 2, 2013

"LIFE AS A STUDENT" (graphic design)



Hai , yeeza yeeza :p assalamualaikum .
ape khabar semua?
gadish? sihat2 jea , alhamdulillah . 
ape cite? byk cite lah , hehehe .
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
ouke , seperti yg dijanjikan entry kali nieyh mengisahkan susah senang perjalanan sebagai "student" ...
kisah psal gadish lah , saje saje jea nak cite . tak nak tahu tak pe keyh :p chill aa .
Lepas "SPM" , gadish kerja full time dekat 1Utama Shoping Complex kat butik baby 
"PLANETE ENFANTS MAMOURS" .
Best gila kerja situ , gaji pun masyuk , boss staff lain pun sporting . hehe :p

Ouke , berbalik pada entry kali nieyh . Kerja 5bulan jea then terus sambung study kat 
"PJ COLLEGE ARTS & DESIGN" (college nieyh under INTI)...
college ARTS kan , means that gadish amek course ARTS lah , haha ! 
Ingatkan nak ambil course INTERIOR DESIGN , skali konfem2 yakin2 teruslah ambil course 
GRAPHIC DESIGN , konon2 dah habis boleh lah design kad kahwin sendiri hehe aminnn :p

Sepanjang belajar kat sini , gadish boleh katekan yg college nieyh sgt lah bagus . Bagus nape? Bagus dari aspek lecturer (caring , terangkan step by step , sporting) , aspek peraturan (tak kongkong sgt) . Mcam college or universiti lain2 , mesti ade yg tak bagus kan ? bagi gadish , college nieyh memg lah MAHAL , tapi mahal die berbaloi ... Dari aspek 'kemudahan' , serba kekurangan sebab college nieyh kecil jea , tempat pun sewa , so memg patut pun kurang selesa . Tapi bagi gadish ini semua dah memadai , bersyukur :)
Kat bawah nieyh , gambar college skrg (lama) bertempat di Jalan Barat , Petaling Jaya (DEPAN HOTEL HILTON) .

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

SEKARANG --> Still SEM7 (graphic design) , Next Year Tamat , Yeah ! InsyaAllah :)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Kalau korg nak tahu , tahun depan (2014) college nieyh akan berpindah di SUBANG , betul2 sebelah INTI College Subang . So , dari tak selesa , kurang ni kurang tu , tahun depan serba serbi LENGKAP , CANTIK , SELESA , MUDAH and PERFECT lah ! terbaik :)
Kat bawah nieyh , gambar2 college baru gadish , yeah !




TAPI ! yg paling2 sedih ... coz gadish dah tak belajar sini . Sebab ? Sebab next year gadish dah 'tamat pengajian a.k.a GRADUATEd" . huhu .
Tak merasa lah tempat baru ...
Bukan rezeki kuddd , tak pelah . redhakan aje :p
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

So , nieyh lah die my "LIFE AS A STUDENT" ...
DOAKAN gadish berjaya ouke . Cita2 nak jadi 'GRAPHIC DESIGNER' ni , hehe :)
InsyaAllah , may ALLAH bless me :)




NEXT ENTRY :_
#PEREMPUAN a.k.a WANITA "WAJIB" Belajar Memasak?

Terima kasih

 
Copyright © 2013 | GadiSH avERRose | Facebook Gadish Averrose