Friday, October 11, 2013

FAKTA!!! Bukan Semua Penunggang Motosikal REMPIT :)


vrooom vrooom wenggg wenggg prengg prengg~~~


Bukan semua penunggang motosikal MAT REMPIT!!



Setelah penat sibuk menghabiskan assignment yg berlambak2, marilah berehat sebentar bersama ICE CREAM ... yum yum2 , ahakzzz :p

0keyh2 , back to the topic, memang bukan semua yang menunggang motor tu rempit. Kenapa gadish cakap macam tu? Sebab gadish pun kadang-kadang naik motor jugak. Gadish tak suka bila ada orang yang dengar perkataan 'motor' ataupun nampak orang naik motor, terus cop orang tu sebagai rempit... Tak adil okay!!! 
Macam kuda, kalau ikut yang kita tahu, koboi je kan naik kuda. Habis tu, yang tunggang kuda untuk riadah ataupun meronda (macam polis yang ronda-ronda naik kuda kat Titiwangsa tu) pun dipanggil koboi jugak ke? Tak kan... Lagipun pak cik-pak cik yang nak pergi surau naik motor pun mat rempit jugak ke?


Walaupun motor takde protection macam kereta, tak berbumbung, tapi ada advantage. Kereta walaupun ada bumbung, ada protection kiri kanan, tak semestinya tak ada disadvantage kan? Contohnya time traffic jam, motor la yang jadi penyelamat kalau dah lambat, sebab boleh mencelah. Kalau kereta boleh ke mencelah. Jawabnya eksiden la oikkk :p


 
[[[JUST RIDE WITH STYLE , WE ARE NOT REMPIT]]]
*gambar diatas diambil dari Mr google




TAK FAHAM LAGI? MEYH GADISH TERANGKAN SECARA DETAILS YEA :)



Apa itu MAT REMPIT? Secara keseluruhan MAT REMPIT diklasifikasikan golongan orang2 yang melakukan aktiviti-aktiviti kurang bermoral dan sering dikaitkan dengan gejala sosial yang kian membimbangkan KERANA melibatkan kegiatan jenayah.


Selain lumba haram di jalanan, MAT REMPIT turut melakukan kes-kes jenayah seperti pengambilan dadah, jenayah ragut, dan juga kes jenayah lain yang kurang menyenangkan ramai pihak...


So SEBAB itu, MAT REMPIT di pandang NEGATIF oleh masyarakat walaupun ada di kalangan MAT REMPIT itu berstatus SISWAZAH... Lebih menyedihkan MAT REMPIT seolah-olah berbangga dengan dengan gelaran "MAT REMPIT" kononya "RAJA" di jalanan...

Bak kata Adnan Sempit..."Di mana ada kemahuan, di situ ada HIGHWAY !".


Persoalannya...Adakah penunggang MOTOSIKAL itu MAT REMPIT ? Bagi gadish, BUKAN semua penunggang MOTOSIKAL itu MAT REMPIT... BUKAN YEA , BUKAN...!! 





Kenapa BUKAN ?
Sebab-sebab kenapa bukan semua penunggang motosikal MAT REMPIT?


Pertama, mereka menunggang motosikal kerana untuk mencari rezeki yang halal. Contohnya, Posmen, Despatch , Penghantar pizza, dll... BETUL KAN ?


Kedua, ada di kalangan penunggang motosikal yang tidak melakukan kesalahan jalan raya dan jenayah. Mereka hanya menggunakan motosikal sebaiknya dan mematuhi undang-undang jalan raya... Contoh macam student2 or pakcik2 yg nak pergi kedai or masjid :p


Jangan hanya kerana seseorang itu menunggang / mempunyai motosikal di label MAT REMPIT ! NO NO NO !!!






PENJELASAN!!!

Istilah MAT REMPIT menurut gadish....



MAT REMPIT berada di mana-mana...tak kira di Malaysia mahu pun Luar Negara... Cuma istilah dan definasi MAT REMPIT tu yang berbeda. Kalau Tok Imam yang pergi ke MASJID guna motor tu dipanggil MAT REMPIT jugak ke? Kalau pelumba motor di litar-litar antarabangsa tu di panggil MAT REMPIT ke? Kalau KONVOI beramai-ramai gune motor dari utara Malaysia sampai ke selatan Malaysia tu di panggil MAT REMPIT ke? Kalau naik motor ke tempat kerja tu MAT REMPIT ke?

HAHA , jawab2 wek :p



Nak kenal penunggang motosikal tu MAT REMPIT atau TIDAK ???...



MAT REMPIT.... mempunyai kumpulan-kumpulan haram yang bertujuan bermegah-megah dengan kumpulan yang mereka ada. Bertujuan untuk LUMBA HARAM di jalan raya awam.

MAT REMPIT...banyak terlibat dalam aktiviti jenayah menggunakan motosikal.



Sekiranya mereka tidak melakukan perkara di atas, mereka hanyalah penunggang motosikal dan bukannya MAT REMPIT !



Senangkan nak bezakan yag mana MAT REMPIT dan yang mana BUKAN MAT REMPIT ?



Nak tau apa aktiviti dan kehidupan MAT REMPIT ? Tonton sahaja fiilem-filem seperti KL Menjerit, Adnan Sempit, Remp-IT dan lain2...





KESIMPULANNYA:

Gadish berharap dengan sedikit huraian di atas dapat memberi kesan kepada persepsi anda mengenai MAT REMPIT!

"Don't Drive Your Life Away"!

Ingat ! 

"BUKAN SEMUA PENUNGGANG MOTOSIKAL MAT REMPIT !" 



Bak kata pepatah juga,

''Don't judge a book by its cover''. 

Jadi kita janganlah menilai seseorang tu berdasarkan apa dia naik, apa dia pakai...



NEXT ENTRY :_
#RESEPI MASAKAN ->> ASAL MASUK , ASAL KENYANG <3 SEDAP!!!

Terima kasih

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2013 | GadiSH avERRose | Facebook Gadish Averrose