Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman2 rakan2 wanita yang lain.."
Ternyata ramai LELAKI yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan tidak yakin pada diri untuk menjadi Imam.
Kalau tidak pandai menjadi Imam, belajarlah sekarang. Jika wanita boleh disuruh belajar memasak, apa salahnya lelaki belajar untuk memperbaiki bacaan al-Fatihah dan belajar cara untuk menjadi seorang Imam kepada isteri...!
Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja ke...??
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati...
“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata2 yg selalu terkeluar dari bicara seorang lelaki...
”Kenapa tidak belajar memasak?” Tanya sang lelaki...
Bagi gadish sebagai seorang perempuan WAJIB tahu masak. Bukan nak rendahkan
perempuan yang tak pandai masak tetapi mereka boleh belajar kan? Tak perlu
pergi kelas memasak belajar dari mak anda dah cukup ATAUPUN masak jea ape yg
ade , asal masuk asal sedap and kenyang . kan ? haha ! Asalkan kita nak
mencuba dah cukup. Orang tua-tua kata "sesibuk mana pun seorang perempuan itu
tempat akhirnya adalah di dapur juga"... Jika anda tahu makan, tahu
mengkritik sedap atau tidak maka anda perlu tahu masak, jangan tahu makan je ....
Jadi??? Zaman sekarang lelaki bukan
sahaja nak cari yang cantik je sebab cantik tak kenyang.haha itu selalu mak gadish pesan. Lelaki sekarang nak cari yang paling penting tahu memasak... Yela
macam mana nak kahwin kalau tak pandai masak. Takkan setiap hari nak makan kat
luar? Lama-lama jemu, kan? Sebab itulah perempuan sekurang-kurangnya kena
ada basic dalam memasak. Gadish ni tak ada la hebat mana tetapi saya tahulah juga
memasak.. Dah leh kahwin la kan?? hahaha. berangan pulak...
Jadi bagi perempuan di luar sana sanggup tak anda
terima cabaran kalau bakal suami anda nak seseorang yang pandai masak?? Untuk
masalah itu pergila rajin-rajin masuk dapur tengok mak masak apa dan tolong la
sikit-sikit. Tak rugi pun kalau anda pandai masak..lagi orang respect tau!
Bak
kata mak gadish "Ilmu memasak ni tak dapat kat luar sana"... Sebab ramai orang kat luar
sana sanggup keluarkan duit untuk belajar memasak, inikan kita dah ada mak yang
hebat masak, guna lah peluang tu. Betul tak?? "kalau nak seribu daya tak nak
seribu dalih"..
Time cuti adalah salah satu cara anda untuk
luangkan masa didapur, belajar masak, kenal semua jenis sayur, rempah-rempah
dan peralatan. Sekurangnya nanti tak la malu orang tanya lesung batu tu ape, ye
tak? Sila buang anggapan lelaki yang "wanita hebat dalam kerjaya tidak pandai
memasak.."..
Kesimpulananya:
Belajarlah memasak samada lelaki atau perempuan jika nak kekalkan kebahagiaan atau untuk menimbulkan kasih mesra antara keluarga , adik beradik mahupun suami isteri.
Buat pasangan yg sudah berumahtangga , untuk sang suami , jika tak pandai masak pun, tolong-tolonglah isteri masak. Tolong angkat periuk ke kuali ke, basuh pinggan mangkuk ke. Sebab itu semua sunnah. Buat yang sunnah dapat pahala. Pahala dapat, kasih bertambah. Untung berganda-ganda.
Segalanya di tangan anda untuk mengubahnya...
BELUM CUBA BELUM TAHU~~~
BELUM CUBA BELUM TAHU~~~
Selamat mencuba lah ye. :)
Terima kasih sudi membaca... Datang lagi ye <3
RENUNG-RENUNGKAN :)
NEXT ENTRY :_
#JUST RIDE WITH STYLE , WE NOT REMPIT...
No comments:
Post a Comment